WHO AM I??

Assalamualaikum gaiss, okay memandangkan aku tak tau nak buat apa hari ni, so aku nak cerita sikit la pasal diri and latar belakang aku. Orang pun dah ramai tanya sape aku ni kan (ajet ajet je). Nama diberi Muhamad Nazrulfarhan Bin Nordin, alhamdulillah sedap je nama aku tapi ada satu benda je yang aku tak puas hati pasal nama aku tu. Nazrul dengan farhan tu rapat. Srsly aku bagitau mak aku pasal tu and mak aku pun baru tau. And aku rasa doctor yang daftarkan nama aku tu yang typo (kuang ajo). Sampai sekarang aku tak puas hati ngn doktor tu hahahahaha.. Okay berbalik pada tadi, aku berasal dari Jerantut, Pahang (orang Jerantut or orang Pahang say "HYE").. Umur aku waktu buat blog ni 18 tahun setengah bulan tu pun sebab terpaksa (maybe)..

Aku dulu bersekolah di MRSM Tun Ghazali Shafie (nampak mcm budak pandai kan? sbb skolah mrsm tapi takdelah, aku biasa-biasa je).. Aku masuk MRSM dari form 1 sampai la form 5 abis SPM.. Alhamdulillah sekarang dapat melanjutkan pelajaran di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) diploma Sains Komputer.. Ramai jugak yang tanya aku, "Kau ni belajar pandai-pandai masuk mrsm lagi, kenapa masuk UPSI je?".. haa jawapan aku senang je, belajar tak kisah la kat mana pun, asalkan dapat capai impian kita, kau masuk UM pun blom tentu dapat kerja yang kau nak.. korang ingat masuk UPSI konfem tak dapat kerja ke? tak jugak sebab rezeki di tangan Allah, bukannya di nama-nama universiti..

Aku ade 4 adik beradik, aku anak ke-3.. yang sulong kakak aku Nurul Fadhilah and yang kedua abang aku Nazreen Faiz.. yg bongsu adik aku perempuan nama Nurul Farah.. semua nama-nama kitorang NF.. haa itu la aku tak puas hati, semua nama-nama diorang tu berjarak. Sampai je nama aku rapat-rapat je.. ini menguatkan lagi sangkaan aku bahawa doktor tu typo waktu nak tulis nama aku..

Okay lah aku rasa tu je pasal diri aku, tak perlu lah nak lebih-lebih nanti tersuka pulak korang kat aku (ecehh).. hahahaha okay lah bye goodnight rak lu pape roger

Comments

Popular Posts