H.E.C.A COMMUNITY PROJECT
REFLEKSI DIRI
Disebabkan relfeksi diri yang kami harus
tulis ini berbeza-beza kerana ianya refleksi diri sendiri dan bukan orang lain,
saya ingin menyatakan apa yang saya dapat daripada aktiviti projek komuniti
tersebut. Jadi, dengan kelebihan ini saya ingin menceritakan mengenai refleksi
diri saya sepanjang berada di Manik Urai, Kelantan. Sebahagian besar perasaan
yang saya rasa ialah rasa simpati yang amat kepada keluarga tersebut kerana
rumah mereka diperbuat daripada kayu yang kebanyakannya hampir reput dan
mungkin boleh roboh pada bila-bila masa. Rumah mereka juga berada betul-betul
di lereng bukit di belakang rumah-rumah orang lain. Jadi dengan rasa simpati
saya itu, saya bertekad untuk menolong keluarga tersebut sehabis mungkin.
Seterusnya, rasa prihatin terhadap keluarga tersebut meningkat apabila mereka
menceritakan bagaimana kesusahan yang mereka lalui sewaktu banjir besar pada
tahun 2014 dahulu. Walaupun kami tidak mampu memberi sumbangan dari segi
kewangan, kami cuba yang terbaik untuk memberikan sumbangan dari segi
pembersihan kawasan rumah, sumbangan dari segi moral dan menaikkan semangan
mereka untuk meneruskan kelangsungan hidup mereka. Selain itu, saya dapat
melaksanakan tanggungjawab kami dengan baik sebagai manusia yang berguna dan
bertamadun. Ini kerana tanggungjawab yang saya pikul bersama rakan-rakan
sepasukan saya bukannya mudah, hanya sesetengah orang mampu menggalas
tanggungjawab tersebut dengan hati yang terbuka dan ikhlas. Saya juga telah
mempelajari erti berdikari dengan lebih baik. Ini kerana, program yang kami
jalankan ini merupakan program yang berdasarkan idea kami sendiri untuk pergi
jauh sehingga ke Manik Urai, Kelantan tanpa ada apa-apa masalah. Saya juga
telah mampu belajar mengeratkan silaturrahim bersama rakan-rakan saya dengan
lebih mendalam, daripada kawan biasa kepada kawan baik akibat daripada projek
komuniti tersebut. Selain itu, saya juga telah mempelajari cara-cara
menguruskan wang dengan baik. Ini kerana, sepanjang kami berada di Manik Urai,
Kelantan, kami tidak mempunyai sebarang masalah mengenai pengurusan wang.
Segala wang tersebut telah diguna pakai untuk tujuan yang sewajarnya.
Oleh yang demikian, perkara yang telah
saya pelajari sedikit sebanyak telah mengubah kehidupan dan gaya hidup saya ke
arah yang lebih baik. Ternyata projek komuniti tersebut bukan hanya mengenai
membersihkan rumah, malah ianya dapat mengeratkan hubungan antara saya,
rakan-rakan, dan juga keluarga tersebut. Impak yang telah diberikan kepada saya
sama ada secara langsung atau tidak langsung telah banyak membantu saya dan
rakan sepasukan saya dalam merealisasikan tugasan kami. Maka dengan itu,
kumpulan kami secara tak langsung telah menjadi contoh yang amat baik dan
berguna kepada kumpulan lain kerana kami antara kumpulan yang terawal yang
dapat menyiapkan projek komuniti tersebut. Kelebihan yang saya ada ini juga
dapat membantu saya melihat dunia dengan lebih terbuka dan tidak hanya pada
pandangan kasar, tetapi pandangan melalui hati yang bersih, suci dan murni.
Oleh dengan itu, kesemua nilai dan refleksi diri tersebut telah membawa banyak
kebaikan dalam hidup saya seperti yang dikatakan oleh ustaz saya “Kita mudahkan
urusan orang lain, Tuhan akan permudahkan urusan kita, InsyaAllah”.
Comments
Post a Comment